
Ketuanya Izuan Kasim berkata selaku rakan ruang harus diberi kepada perdana menteri untuk menjadikan Malaysia lebih baik.
“Nasihat saya kepada rakan komponen, kalau rasa tak ikhlas bersama kita, keluar sahaja, tak perlu jadi duri dalam daging supaya kita beri ruang kepada parti kita, presiden membetulkan ekonomi, untuk menjadikan Malaysia ini lebih maju dan baik.
“Itu yang terbaik,” kata Izuan ketika Kongres PKR, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang tadi, sempena persidangan Pemuda hari ini.
Izuan dalam mesej ringkas kepada FMT memaklumkan pesanan itu berhubung kait dengan kenyataan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan pada Sabtu lepas.
Pada mesyuarat agung tahunan partinya, Saravanan dilapor berkata MIC tidak akan teragak-agak ‘untuk mengambil tindakan selanjutnya’ sekiranya pengiktirafan tidak diberi.
Tegasnya, walaupun MIC menyokong kerajaan perpaduan, ia tidak akan meminta jawatan dalam kerajaan tapi hendakkan pengiktirafan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘pengiktirafan’ dan ‘tindakan selanjutnya’.