Tengku Zafrul dilantik ke biro politik PKR

Tengku Zafrul dilantik ke biro politik PKR

PKR turut lantik Yamani Hafez Musa ke majlis pimpinan pusat PKR.

Tengku Zafrul Aziz
PKR umum pelantikan bekas senator Tengku Zafrul Aziz ke biro politik sebagai anggota ex officio.
PETALING JAYA:
Bekas menteri dan senator, Tengku Zafrul Aziz, dilantik ke biro politik PKR sebagai anggota ex officio.

Perkara itu diputuskan oleh majlis pimpinan pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanan, hari ini, menurut Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dalam kenyataan.

Selain bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu, PKR turut mengumumkan pelantikan Dr Zaliha Mustafa (bekas menteri Wilayah Persekutuan dan menteri kesihatan), Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir, Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari, dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohamad Abdul Hamid sebagai anggota ex officio.

Dalam pada itu, PKR mengumumkan pelantikan Yamani Hafez Musa ke MPP sebagai anggota ex officio, begitu juga Ruji Ubi (bekas ketua setiausaha Kementerian Perpaduan Negara), dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Jamawi Ja’afar.

Kenyataan sama turut mengumumkan kongres nasional PKR akan diadakan di Melaka, pada 25 hingga 28 Jun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.