
Peguam Norhazira Abu Haiyan, mewakili Hakim berkata notis rayuan telah difailkan pada 11 Nov.
“Kami akan memfailkan memorandum rayuan sejurus alasan penghakiman Hakim Mahkamah Pilihan Raya tersedia untuk kita,” katanya.
Pada 27 Okt, Hakim Abu Bakar Katar menolak petisyen Hakim, sambil menyatakan beliau gagal membuktikan keraguan munasabah bahawa wang diberikan ketika berlangsungnya kempen untuk mempengaruhi pengundi memilih Mas Ermieyati.
Mahkamah turut mengarahkan RM50,000 dibayar kepada Mas Ermieyati.
Mas Ermieyati, bekas timbalan menteri undang-undang dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, mengalahkan Hakim dengan 4,411 undi majoriti.
Calon Muda, Mutalib Uthman dan calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar turut bertanding di Parlimen Masjid Tanah.
Mas Ermieyati ketika ini merupakan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).