Hanya 19 kes dituduh bawah Akta Hasutan, bukti kerajaan tak sewenang

Hanya 19 kes dituduh bawah Akta Hasutan, bukti kerajaan tak sewenang

Keseluruhan 960 kes dibuka bawah Akta Hasutan sejak 2010 hingga September.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan kerajaan tidak merancang menggubal akta khusus berkaitan 3R. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan hanya 19 kes dituduh bawah Akta Hasutan 1948 sejak 2010 hingga September lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah, berkata secara keseluruhan sebanyak 960 kes dibuka bawah akta itu dalam tempoh sama sekali gus membuktikan kerajaan telus dan tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak.

“Tindakan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada yang mana menunjukkan kita telus dan bertanggungjawab ke atas perkara tersebut,” katanya dalam waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikan selepas Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mencelah dan bertanya soalan tambahan dengan meminta Shamsul memaklumkan status terkini 104 kertas siasatan dibuka polis membabitkan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Dalam pada itu, Shamsul berkata daripada 104 kertas siasatan dibuka itu, 60 kes selesai disiasat dan 44 kes masih dalam siasatan.

Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan tidak merancang menggubal akta khusus berkaitan 3R.

“Kementerian berpandangan bahawa akta sedia ada sudah mencukupi bagi kawal selia 3R,” katanya menjawab pertanyaan Takiyuddin sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang khusus berkaitan perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.