
Pemangku Ketua Polis Kota Setar Syed Basri Syed Ali, berkata individu terbabit dikenali sebagai Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad berumur 44 tahun dan alamat terakhirnya di Taman Citra.
“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kota Setar sedang menjalankan siasatan beberapa laporan polis yang diterima berkenaan kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud melibatkan suspek.
“Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati individu itu menggunakan gelaran Datuk palsu. Usaha mengesan suspek sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.
Syed Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan denda.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis melalui hotline IPD Kota Setar 04-7326999 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Zakuan menerusi talian 012-9428575 atau Inspektor Saiful Supia 017-9743153.