Lelaki larikan kereta dinaiki 6 murid diberkas

Lelaki larikan kereta dinaiki 6 murid diberkas

Suspek diberkas polis peronda polis dengan bantuan orang ramai.

Tangkap layar video suspek diberkas selepas cuba melarikan kereta dinaiki enam murid. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang cuba melarikan kereta dinaiki enam murid dalam kejadian di Kundasang, Ranau, petang tadi.

Penahanan suspek oleh peronda daripada Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai tular di media sosial.

Ketua Polis Ranau Simiun Lomudin berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki melarikan kereta Proton Persona.

“Polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan ke atas suspek yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Simiun berkata polis masih menyiasat kejadian terbabit mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.