Nelayan maut, 2 bot berlanggar di Sabah

Nelayan maut, 2 bot berlanggar di Sabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna, Noor Jali Maslah, berkata mangsa cedera di bahagian kepala dan mungkin terkena kipas enjin bot.

Mayat mangsa dibawa ke darat dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang nelayan maut selepas bot pamnya berlanggar sebuah bot pelancong di perairan Labuan Haji Semporna, Sabah pada 9.30 malam tadi.

Mayat Nurman Nur, 35, ditemui kira-kira 700m dari lokasi kejadian pada 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna, Noor Jali Maslah, berkata operasi mencari dan menyelamat dimulakan pagi tadi dengan tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

“Ketika kejadian, bot pelancong tidak membawa penumpang dan terlanggar bot nelayan menyebabkan mangsa hilang di laut.

“Operasi pencarian dilakukan bersama agensi lain bermula 7.30 pagi tadi di perairan tersebut sebelum mayat mangsa ditemui orang awam,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa cedera di bahagian kepala dan mungkin terkena kipas enjin bot.

Katanya, operasi ditamatkan 8.19 pagi selepas mayat dibawa ke darat dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.