3 cedera siling pusat beli-belah runtuh ketika hujan lebat

3 cedera siling pusat beli-belah runtuh ketika hujan lebat

Tetapi, Megah Rise Mall meneruskan operasi, dengan kawasan terjejas dikepung.

Keadaan di pintu masuk Megah Rise Mall selepas sebahagian siling runtuh petang tadi.
PETALING JAYA:
Tiga cedera ringan selepas sebahagian siling di sebuah pusat beli-belah di Taman Megah, di sini runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Megah Rise Mall dalam kenyataan di Facebook berkata, tindakan segera diambil bagi menangani situasi itu dan pihak pengurusan sedang menyiasat insiden berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan siling anjung kereta di depan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh ketika angin kencang dan hujan lebat kira-kira 3 petang tadi menyebabkan tiga orang cedera ringan.

“Kami sedang menyiasat punca kejadian dan bertindak segera bagi menangani situasi itu. Keutamaan kami ialah keselamatan dan kesejahteraan komuniti kami.”

Pusat beli-belah itu meneruskan operasi, tetapi kawasan terjejas dikepung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.