
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jawa Timur, Nanang Sigit dalam kenyataan berkata, kerja penggalian berdepan kesukaran kerana mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
Kira-kira 25 orang dilaporkan masih hilang dan angka korban dijangka terus meningkat.
Sebahagian bangunan bertingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di daerah Sidoarjo runtuh Isnin lalu ketika kerja pengubahsuaian dilakukan tanpa kebenaran, menyebabkan puluhan pelajar terperangkap.
Jentera berat digunakan Khamis lalu selepas tiada lagi tanda-tanda mangsa terselamat dikesan. Sebelum itu, mereka menjalankan kerja penggalian secara manual kerana bimbang penggunaan jentera berat boleh menyebabkan runtuhan lanjut.