
Dalam kejadian di KM96 itu, Nur Syuhada Mohd Yusoff, 32, yang duduk di bahagian penumpang hadapan, maut di tempat kejadian, manakala suaminya berusia 34 tahun cedera ringan.
Timbalan Ketua Polis Muallim Suhaimi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 3 petang.
“Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Vios dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan, terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan hingga masuk ke laluan bertentangan,” katanya, lapor Bernama.
Suhaimi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, manakala suaminya turut menerima rawatan lanjut di hospital sama.