Mahkamah kekal kemenangan PN di Suka Menanti

Mahkamah kekal kemenangan PN di Suka Menanti

Mahkamah Pilihan Raya Alor Setar menolak petisyen difailkan calon PH Zamri Yusuf di kerusi itu.

Pada PRN pada 12 Ogos lalu, Dzowahir Ab Ghani dari PN menang dengan majoriti 8,245 undi dalam pertembungan satu lawan satu berhadapan Zamri yang memperoleh 10,151 undi.
PETALING JAYA:
Mahkamah Pilihan Raya Alor Setar mengekalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) do DUN Suka Menanti dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Hakim Quay Chew Soon menolak petisyen yang difailkan calon Pakatan Harapan (PH) di DUN itu Zamri Yusuf untuk mencabar kemenangan calon PN.

Quay berkata petisyen Zamri adalah tidak sah dan mengarahkan beliau membayar kos RM15,000.

Pada PRN pada 12 Ogos lalu, Dzowahir Ab Ghani dari PN menang dengan majoriti 8,245 undi dalam pertembungan satu lawan satu berhadapan Zamri yang memperoleh 10,151 undi.

Dalam petisyennya, Zamri mendakwa kemenangan Dzowahir tidak sah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya gagal mematuhi undang-undang pilihan raya ketika menjalankan pengundian.

Beliau berkata, dakwaan kegagalan itu “memberi kesan” terhadap keputusan pilihan raya berkenaan.

Beliau juga mendakwa SPR telah menafikan kemasukan ejen pusat mengundi masuk ke pusat mengundi dan membenarkan pengundi “tidak layak” mengundi.

Bagaimanapun, SPR membantah petisyen Zamri, dengan menyatakan beliau gagal mengemukakan perincian mencukupi bagi menyokong dakwaannya.

Zamri diwakili peguam, Sofee Razak, manakala SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly, Nur Idayu Amir, dan Sallehuddin Ali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.