Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Lahad Datu

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Lahad Datu

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memukat ikan di Sungai Silabukan.

Usaha mencari Salim Sakka digerakkan bomba dalam operasi turut membabitkan polis, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan orang awam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang sedang memukat ikan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Sungai Silabukan, Lahad Datu, semalam.

Susulan itu, usaha mencari Salim Sakka, 50, digerakkan bomba dalam operasi turut membabitkan polis, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan orang awam.

Jurucakap Bomba Sabah berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 9.45 pagi dan dimaklumkan oleh anak mangsa bapanya dibaham buaya ketika memukat ikan.

“Pencarian dibuat di permukaan dengan radius dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian ditangguhkan kira-kira 6 petang tadi dan disambung semula pagi esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.