Tukang kebun disyaki bunuh pengawal keselamatan

Tukang kebun disyaki bunuh pengawal keselamatan

Polis berkata suspek disyaki membunuh mangsa kerana lelaki itu enggan membantu persiapan program sekolah.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata mangsa ditemui bersandar di di pondok pengawal sekolah dalam keadaan tidak bernyawa.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang tukang kebun sebuah sekolah di Ipoh kerana disyaki membunuh tukang kebun di sekolah yang sama semalam.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata polis menerima laporan pada jam 3.34 pagi selepas mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan bersandar di pondok pengawal sekolah.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa yang berusia 43 tahun sudah meninggal dunia, lapor Harian Metro.

“Susulan kejadian itu suspek lelaki berusia 55 tahun ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai membunuh lelaki itu kerana marah apabila mangsa enggan membantu untuk membuat persiapan program sekolah,” katanya.

Menurutnya, tangkapan dibuat dan polis berjaya merampas senjata yang digunakan suspek.

“Keputusan bedah siasat mangsa menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian abdomen,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.