Polis rakam keterangan Sanusi berhubung ceramah PRK Pelangai

Polis rakam keterangan Sanusi berhubung ceramah PRK Pelangai

Keterangan menteri besar Kedah itu dirakam di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Okt lepas, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.

Polis Pahang sedang menyiasat Sanusi Md Nor bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.
PETALING JAYA:
Polis Pahang telah merakam percakapan Sanusi Md Nor difahamkan berhubung kenyataan yang dibuat semasa sesi ceramah menjelang hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, keterangan menteri besar Kedah itu dirakam di Balai Polis Manchis, Bentong pada 7 Okt lepas, susulan dua laporan dibuat terhadapnya berhubung isi kandungan ceramah pada 22 Sept itu.

“Keseluruhannya, kita sudah mengambil keterangan lima individu,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis Pahang di IPK Pahang di Kuantan, lapor Bernama.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.”

Beliau berkata, siasatan terhadap Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.