6 beranak dilapor hilang di Bentong

6 beranak dilapor hilang di Bentong

M Rekha, 41, bersama lima anaknya kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid pada Isnin.

Aduan mengenai kehilangan M Rekha, 41, dan anak-anaknya dibuat oleh suaminya selepas mereka tiada di rumah Isnin lepas. (Gambar IPD Bentong)
PETALING JAYA:
Seorang wanita bersama lima anaknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Bentong sejak Isnin.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan enam beranak itu daripada suami wanita tersebut yang berusia 43 tahun pada 7.34 malam hari sama.

Menurutnya, pengadu memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama anak-anak mereka S Ruban, 19; S Sharivina Nair, 17; S Shasini Nair, 16; S Pritivi, 14; dan S Lashwin Nair yang berusia empat tahun, kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid.

“Lelaki tersebut menyedari isteri dan anaknya tiada di rumah sekitar 6.30 pagi Isnin dan gagal mengesan mereka sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu hilang tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan, atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Bentong melalui talian 09-2231999.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.