
Beliau menyarankan Hamzah (PN-Larut) supaya membaca keseluruhan temu bualnya bersama CNN yang dibuat dalam lawatannya ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
“Kita telah pun tunjukkan (laporan) dikeluarkan CNN yang berikan liputan sepenuhnya jawapan tetapi ada unsur-unsur khianat sengaja memotong dan (bagi) menunjukkan tak ada jawapan.
“Saya harap kalau Yang Berhormat (YB) jangan baca dari cut and paste. Baca yang sepenuhnya,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian susulan pertanyaan Hamzah dalam soalan tambahannya bahawa perdana menteri tidak menjawab dengan baik berkenaan kerangka Ekonomi Madani semasa wawancaranya bersama CNN.
Hamzah berkata disebabkan itu, beliau bertanya kembali berhubung pelaksanaan Ekonomi Madani yang menggantikan Wawasan Kemakmuran Bersama diperkenalkan ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018 hingga 2020.
“Maksudnya jawab masa (wawancara) CNN itu. Sebab itu saya tanya semula,” katanya.