Serah ‘baton’: Siapa bohong, siapa tidak?

Serah ‘baton’: Siapa bohong, siapa tidak?

Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz nafi dakwaan Wan Saiful Wan Jan bahawa Muhyiddin Yassin pernah bersetuju untuk berundur dan serah jawatan presiden kepada Hamzah Zainudin.

Mohsin Abdullah

Kawan lama teks saya lagi. Kawan sama yang hantar pesanan teks menerusi aplikasi WhatsApp tempoh hari untuk beritahu orang nombor dua Bersatu, Hamzah Zainudin, sudah ‘saiko‘ orang nombor satu Bersatu, Muhyiddin Yassin, mengenai jawatan presiden.

Kali ini teks berbunyi: “entah betul entah tidak Muhyiddin cakap macam tu”, merujuk pada kata-kata (dakwaan?) Hamzah bahawa Muhyiddin akan serahkan jawatan presiden kepadanya apabila Muhyiddin berundur nanti.

Sehari selepas itu portal berita Scoop melaporkan Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz menafikan dakwaan Wan Saiful Wan Jan (yang dipecat Bersatu) bahawa Muhyiddin pernah bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan presiden kepada Hamzah.

Ah sudah! Dalam artikel saya empat hari lalu bukan sekadar Wan Saiful tetapi Hamzah sendiri kata apa Faisal kata Wan Saiful kata. Menggunakan analogi acara lari berganti-ganti, Hamzah berkata beliau hanya menunggu dan sebaik sahaja Muhyiddin serahkan ‘baton’ kepadanya “saya akan ambil dan lari”.

Orang lain-lain — Hamzah dan Wan Saiful — cakap pasal perkara sama — Muhyiddn akan serah jawatan presiden kepada Hamzah. Serah bulat-bulat ke? Tak da pertandingan?

Berbalik kepada laporan Scoop siaran 8 November yang saya sebut tadi. Menurut laporan itu, Tun Faisal menafikan dakwaan Wan Saiful semasa bercakap di podcast ‘Trick Lama’ dikendalikannya atas nama ‘Podaboom’.

Menurut laporan itu, apabila ditanya sama ada dakwaan itu bermaksud Wan Saiful telah berbohong, Tun Faisal menjawab ‘ya’.

Berdasarkan itu, pada hemat saya, pertanyaan susulan penting ialah adakah kata-kata Tun Faisal tadi apply to Hamzah as well? Walaupun Tun Faisal hanya bercakap mengenai Wan Saiful, bolehkah dikatakan Hamzah juga sudah berbohong? Seperti dikata tadi, Hamzah juga cakap perkara yang Wan Saiful dikatakan cakap. Jadi apabila Tun Faisal tuduh Wan Saiful bohong, adakah ini bermaksud Hamzah juga dituduh sama, meskipun nama beliau tidak disebut. Kacau!

Kembali ke laporan saya empat hari lalu mengenai Hamzah mengibaratkan peralihan kuasa bagai larian berganti-ganti. Beberapa peminat politik memberi komen kepada saya. Antara yang menarik begini: Jika Muhyiddin pelari pertama, result boleh tekalah. Ikut logik, Hamzah terkeluar sebab pelari kedua, kecuali Hamzah bypass pelari ketiga dan keempat.

Tapi ingat Azmin sebagai marshal boleh kibar bendera merah. Azmin boleh juga buat ‘fault start‘ pada Muhyiddin selaku ‘starter‘.

Saya tidak minta penjelasan lanjut meskipun analogi itu boleh dikira menarik. Azmin yang dirujuk ialah Azmin Ali setiausaha agung Bersatu dan juga Perikatan Nasional. Nama Azmin sering timbul apabila orang bercakap mengenai konflik Bersatu. Namun menurut laporan Scoop, “Tun Faisal has pushed back against the narrative of a party divided by competing camps loyal to deputy president Hamzah Zainudin and supreme council member Azmin Ali, suggesting the rift is being amplified by external elements“.

Menurut laporan itu lagi, “instead of confirming a power struggle between the two party stalwarts, Tun Faisal framed the issue as a misinterpretation fuelled by rumours which he claimed are being leveraged by those who stand to gain from Bersatu’s instability“.

Itu hak beliau untuk berkata sedemikian tetapi serangan terbuka ke atas kepimpinan Bersatu oleh Wan Saiful, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, dan rakan-rakan yang keahlian sudah digantung seem to suggest otherwise. Malah Wan Fayhsal turut membawa skandal video yang dikaitkankan dengan Azmin walapun isu itu tercetus beberapa tahun lalu.

Siapa pula elemen luar yang Tun Faisal maksudkan yang membesar-besarkan isu, dan “those who stand to gain from Bersatu’s instability“? Bagi Tun Faisal, “the biggest beneficiary, the ones who profit the most, Anwar Ibrahim and Pakatan Harapan“.

Anwar dan PH adalah musuh politik Bersatu. Jadi bukanlah aneh jika mereka mendapat manfaat jika Bersatu tidak stabil. Kalau saya boleh bertanya — bagaimana pula sekutu Bersatu? Sekutu tidak duduk dalam parti, oleh itu mereka adalah element luar. Adakah mereka juga dapat keuntungan daripada perang saudara Bersatu?

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.