Peserta Ironman Muhaini meninggal dunia

Peserta Ironman Muhaini meninggal dunia

Muhaini Mahmud berada dalam keadaan kritikal akibat lemas ketika acara renang.

Muhaini Mahmud dikejarkan ke hospital semalam selepas dibawa keluar dari air ketika acara renang dalam pertandingan Ironman Langkawi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang peserta wanita perlumbaan triathlon Ironman di Langkawi meninggal dunia selepas dirawat di hospital akibat lemas ketika pertandingan itu semalam.

Berita pemergian Muhaini Mahmud, 44, disahkan oleh keluarganya kepada Astro Awani.

Menurut keluarganya, Muhaini menghembus nafas yang terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Maliha.

Muhaini adalah pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi.

Harian Metro semalam melaporkan, Muhaini berada dalam keadaan kritikal selepas dilaporkan mengalami “isu kesihatan” ketika acara renang dalam pertandingan itu.

Perlumbaan Ironman mengandungi tiga acara iaitu berbasikal, berenang dan larian marathon.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.