
PETALING JAYA: Barisan Nasional mendahului PRK DUN Pelangai pada peringkat awal perkiraan undi, menurut Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Catatan beliau di Twitter setakat 7.25 malam tadi menulis calon Barisan Nasional, Amizar Abu Adam, mendahului calon Perikatan Nasional, Kasim Samat, dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli, dengan kelebihan 2,355 undi.
Semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang tadi, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan keluar mengundi mencapai 70%.
Pada PRU15, BN mempertahankan DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.