
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata tangkapan terbaru membabitkan lapan suspek, manakala 22 individu ditahan sebelum ini ada yang masih direman.
“Kita masih memburu beberapa lagi suspek berkaitan kes ini,” katanya menurut Harian Metro dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau di Pantai Dalam.
“Saya beri amaran keras kepada mereka yang terbabit bahawa polis tidak akan bertolak ansur, kita akan cari sampai dapat, jangan cabar kita.”
Selasa lalu, Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata orang awam membuat laporan berhubung rusuhan menggunakan senjata membabitkan beberapa individu di Kampung Malaysia Tambahan.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan penunda kenderaan berebut menunda kereta terbabit dalam kemalangan.