
“Kami sedang bertindak balas terhadap satu insiden dalam sebuah kereta api menuju Huntingdon dengan beberapa individu ditikam,” menurut BTP dalam hantaran X.
BTP memaklumkan pegawai polis kini di lokasi kejadian bersama anggota polis Cambridgeshire.
Polis Cambridgeshire dalam kenyataan berkata, panggilan diterima pada 7.39 malam berhubung beberapa individu ditikam dalam sebuah kereta api.
“Beberapa mangsa dibawa ke hospital,” menurut polis.
Syarikat London North Eastern Railway (LNER) memaklumkan beberapa perkhidmatan tren mungkin dibatalkan atau mengalami kelewatan sehingga sejam di beberapa laluan akibat insiden itu.