
Dua dua suspek dalam lingkungan 30-an itu ditahan malam Sabtu lalu dan “sebahagiannya mengakui” terbabit jenayah itu, kata Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau.
Bagaimanapun, beliau berkata, permata yang dicuri itu belum dijumpai.
Seorang suspek ditahan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris ketika cuba menaiki penerbangan antarabangsa, manakala seorang lagi ditahan tidak lama kemudian di pinggir utara Paris.
Beccuau berkata, penyiasat tidak menolak kemungkinan wujud rangkaian lebih besar di sebalik empat suspek yang dikenal pasti melalui rakaman kamera keselamatan, dengan lebih 150 pemeriksaan forensik dijalankan.
Lebih 100 penyiasat digerakkan bagi menjejaki suspek dan mengesan barang kemas hilang itu, menurut media tempatan.
Muzium itu dibuka semula tiga hari selepas kecurian pada 19 Okt lalu membabitkan barang kemas bernilai kira-kira €88 juta (USD102 juta).