
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.59 malam.
Komander Operasi Kanan, Norasmah Alias, berkata pihaknya menghantar seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan BBP Bandar Tun Razak ke lokasi kejadian.
“Kebakaran berpunca dari kebocoran gas hingga berlaku letupan.
“Letupan tersebut turut melibatkan dua buah rumah berhampiran dan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 32 tahun melecur 30%,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berada di zon merah.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan 12 motosikal rosak akibat dihempap dinding rumah.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.