
Komander Operasi Kanan Bomba Port Dickson, Mohd Kamal Mohd Timar, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.09 malam yang memaklumkan berlaku letupan di stesen janakuasa elektrik itu, lapor Berita Harian.
Katanya, operasi itu turut dibantu pasukan Hazmat dari Balai Bomba Seremban 2.
“Operasi dijalankan bagi memadamkan api yang agak besar. Bagaimanapun setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, tindakan ‘size-up’ dilakukan di lokasi bagi mencari punca letupan, dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan di Facebook berkata kejadian itu tidak menyebabkan bekalan elektrik kepada pengguna terjejas dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
“Pasukan teknikal segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah untuk memastikan keselamatan semua pihak.
“TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberi maklumat terkini sekiranya diperlukan,” kata kenyataan itu.