2 pekerja maut mesin memproses getah meletup

2 pekerja maut mesin memproses getah meletup

Kejadian di sebuah kilang memproses getah di Tangkak, Johor itu turut menyebabkan tujuh lagi pekerja cedera.

garisan kuning
Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di hospital dan punca kejadian masih dalam siasatan.
PETALING JAYA:
Dua pekerja maut manakala tujuh lagi cedera selepas mesin di sebuah kilang memproses getah di Tangkak, Johor meletup, petang semalam.

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 2 petang dan siasatan awal mendapati letupan berlaku pada sebuah daripada lima mesin di kilang itu.

“Kejadian berlaku ketika dua pekerja sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

“Bagaimanapun, salah satu daripada mesin itu tiba-tiba meletup, menyebabkan sembilan pekerja mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, seorang pekerja warga tempatan berusia 40an disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tangkak manakala seorang lagi mangsa warga tempatan berusia 50an meninggal dunia di Hospital Muar.

Roslan berkata, tujuh mangsa yang cedera pula terdiri daripada empat warga tempatan dan tiga masing-masing warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan pagi ini bagi menentukan punca kematian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.