Veteran ATM ‘puas hati’ jika rancangan jual saham syarikat LTAT gagal

Veteran ATM ‘puas hati’ jika rancangan jual saham syarikat LTAT gagal

Presiden PVATM Shahruddin Omar berpandangan kerajaan mendengar suara veteran tentera untuk menyelamatkan saham itu.

Presiden PVATM Shahruddin Omar berkata kerajaan mendengar rintihan veteran dan anggota tentera.
PETALING JAYA:
Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) “puas hati” jika rancangan menjual 33% saham dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant), anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) gagal.

Presidennya Shahruddin Omar berpandangan kerajaan mendengar suara veteran tentera untuk menyelamatkan saham itu daripada terjual.

“Pasal aset (saham) itu melibatkan kami. Veteran (tentera) menyambut baik.

“Sudah tentu kita beritahu jangan sampai terjual. Jangan alih kepada orang lain. Kerajaan ambil tahu benda itu dan pandangan veteran ini diambil kira oleh kerajaan,” katanya kepada FMT.

Shahruddin berpuas hati kerajaan mendengar rintihan veteran dan anggota tentera yang sedang bertugas.

Terdahulu, laporan memetik sumber menyatakan rancangan penjualan saham itu menemui kegagalan.

Dilaporkan juga, KLK dan BPlant menggantung dagangan sejak 9 pagi, sementara menunggu pengumuman.

Bursa Malaysia berkata, dagangan ditangguhkan atas permintaan BPlant.

BPlant adalah anak syarikat milik penuh LTAT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.