
PETALING JAYA: Atlet terjun Pandelela Rinong menghadiahkan pingat gangsa untuk Malaysia dalam acara 10m platform wanita di Sukan Asia Hangzhou.
Pandelela mencatat 280.50 mata keseluruhan selepas lima terjunan dan dua penerjun China seperti diramal memenangi emas serta perak.
Juara Olimpik Quan Hongchan merangkul emas dengan catatan 438.20 mata dan perak milik Chen Yuxi (435.65 mata), menurut Harian Metro.
Pandelela sebelum ini memenangi gangsa bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita Sabtu lalu.
Malaysia setakat ini meraih lima pingat dalam acara terjun – satu perak dan empat gangsa di Hangzhou.