Mahkamah arah polis beri dokumen kepada bapa Vinosiny

Mahkamah arah polis beri dokumen kepada bapa Vinosiny

Peguam M Manoharan berkata ia diperlukan untuk bapa pelajar UUM itu, R Sivakumar memfailkan saman kecuaian terhadap pihak yang berkenaan.

S Vinosiny ditemui mati di sebuah asrama di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah, pada 21 Mei tahun lalu.
PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan polis memberikan dokumen penting kepada bapa bekas mahasiswa, S Vinosiny, yang dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, tahun lalu.

Hakim Mahazan Taib berkata dokumen itu, termasuk eksibit, mesti diserahkan kepada ahli perniagaan R Sivakumar dalam tempoh 14 hari selepas perintah itu.

Bagaimanapun, hakim, yang menyampaikan keputusan itu pada Ahad selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, tidak memerintahkan kos.

Peguam Kanan Persekutuan Aliza Jamaluddin berhujah bahawa permohonan awal telah ditolak kerana bapanya dalam “ekspedisi memancing”.

Beliau berkata dokumen itu juga diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Peguam M Manoharan yang mewakili Sivakumar berkata, dokumen itu diperlukan untuk bapanya memfailkan saman kecuaian terhadap pihak berkenaan.

Berikutan kematian Vinosiny tahun lepas, Sivakumar telah berusaha mendapatkan laporan polis, bedah siasat, laporan ahli kimia, dan gambar yang diambil berhubung dengan siasatan polis.

Beliau juga telah meminta semua dokumen yang dikemukakan di hadapan koroner apabila inkues diadakan.

Sivakumar memfailkan penemuan pra-tindakan di bawah Perintah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 pada Jun.

Dia telah menamakan pegawai penyiasat Saiful Hasnol Saleh Hudin, ketua polis negara, dan kerajaan sebagai responden terhadap tindakan itu.

Vinosiny ditemui mati pada 21 Mei tahun lalu. Bapanya telah menuduh universiti itu cuai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.