
“Ia usaha terpuji dan juga langkah positif melibatkan keselamatan dan keselesaan penumpang wanita,” kata Lilian Kok daripada All Women Action Society.
“Wanita Malaysia pada tahap tertentu tidak rasa selamat apabila berada di kawasan awam, terutama pengangkutan awam apabila keadaan sesak pada waktu puncak.”
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata tempoh percubaan koc khas wanita bagi laluan transit aliran massa (MRT) Kajang akan bermula penghujung bulan ini. Beliau berkata, setiap koc mampu memuatkan lebih 100 penumpang.
Katana, koc khas itu “keperluan” memandangkan peningkatan kes gangguan seksual ketika menggunakan mod pengangkutan itu.
Bagaimanapun, Karen Lain daripada Women Centre for Change, skeptikal sama ada inisiatif berkenaan akan berjaya.
Beliau menggambarkan idea memperkenal koc khas wanita sebagai “senang” di mana banyak negara menggunapakai susulan secara relatifnya kos pelaksanaan rendah dan kebiasaannya mampu dilaksana segera.
Kok dan Lai berkata, penyedia pengangkutan awam sepatutnya mempertimbang pendekatan jangka panjang bagi menjadikan wanita rasa selamat dalam persekitaran awam.
Mereka mencadangkan memperkenalkan mekanisme “pantas” dan “mudah” untuk orang ramai melaporkan kes gangguan, sama ada melalui talian bantuan, aplikasi, atau butang kecemasan pada kereta api dan bas.
Lai berkata, pihak berkuasa sepatutnya perlu menumpukan sumber yang ada ada menahan pelaku bagi menghantar mesej kesan serius melakukan gangguan seksual.
“(Menyediakan ruang selamat buat wanita) bukan sesuatu boleh diselesaikan segera dengan memisahkan perkhidmatan. Ia memerlukan usaha berterusan dan ia perlu ditumpukan dalam mentransformasikan tingkah laku sosial,” katanya.
Dua aktivis itu juga menggesa kerajaan mengeluarkan laporan kajian impak susulan percubaan pengenalan kos tersebut dan mengumpul maklum balas pengguna sama ada sumber Prasarana secara wajar dimanfaatkan.
“Ada penting mengimbangi antara penyediaan ruang selamat kepada penumpang wanita dan memastikan keberkesanan sumber pengangkutan awam,” kata Kok.
“Adakah wanita selamat ( dalam kos khas)? Bagi orang ramai, adakah ia berkesan apabila kita menutup satu koc hanya kepada wanita ketika waktu puncak?”