Pengetua, ketua pembantu tadbir ditahan berkait rasuah lebih RM17,000

Pengetua, ketua pembantu tadbir ditahan berkait rasuah lebih RM17,000

Lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kluang kira-kira 7 malam tadi.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias yang mengesahkan penahanan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
JOHOR BAHRU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir sekolah kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000, awal tahun ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kluang kira-kira 7 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, lelaki terbabit telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penyelenggaraan pagar di asrama sekolah kepada syarikat milik kontraktor tersebut, Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua individu tersebut kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.