Pemilik bengkel ditembak mati di Kelantan

Pemilik bengkel ditembak mati di Kelantan

Saksi terdengar tiga das tembakan kira-kira 5.30 petang sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dalam Mitsubishi Triton.

Pasukan forensik polis memeriksa tempat kejadian seorang lelaki dipercayai ditembak mati di Kampung Hutan Kuin, Machang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pemilik bengkel dipercayai ditembak mati di depan sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan.

Utusan Malaysia melaporkan mangsa berusia 30-an itu ditemui mati di tempat duduk pemandu Mitsubishi Triton.

Saksi, Zulkarnain Abdullah berkata beliau terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut kira-kira 5.30 petang ketika berada dalam kedai runcitnya beberapa meter dari tempat kejadian.

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.”

Katanya, orang awam terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim berkata beliau hanya tahu mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan isteri mangsa.

“Difahamkan, arwah datang ke sebuah premis untuk membeli alat ganti kerana dia memiliki bengkel kereta di Pasir Puteh.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.