
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata pihak menerima laporan 11.18 pagi tadi selepas video pergaduhan kedua-dua remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun itu tular di media sosial.
“Video berdurasi 46 saat menunjukkan dua remaja lelaki sedang bertumbuk di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lain. Kejadian berlaku pada 7 Sept lepas kira-kira 3 petang di kawasan Kampung Bukit Kecik, Melor, di sini.
“Semua remaja yang terlibat dalam kejadian akan dipanggil ke IPD Kota Bharu bagi siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika disabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya
“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan, atau boleh hubungi Insp Nur Asminda Mohd Apandi dengan menelefon 017-2509251 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.