
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin turut mengarahkan Amrin Amiruddin, 39, menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan pada Ahad lalu dan hukuman penjara ditambah dua minggu jika gagal membayar denda itu.
Harian Metro melaporkan Amrin yang tidak diwakili peguam bertegas tidak mahu membuat rayuan terhadap hukuman ke atasnya.
Dia dituduh memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran, yakni harta milik Yang di-Pertuan Agong di Pintu 1 Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara pada 7.45 malam 3 Sept lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta 298),serta boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.