Rasuah sebulan RM20,000, pegawai penguatkuasa ditahan SPRM

Rasuah sebulan RM20,000, pegawai penguatkuasa ditahan SPRM

Suspek dipercayai terlibat untuk tidak menyenaraikan nama seorang individu dari senarai dikehendaki dan tidak mengeluarkan waran tangkap dalam kes senjata api.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
PETALING JAYA:
Seorang pegawai penguatkuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM20,000 berhubung pengeluaran nama individu dari senarai dikehendaki dan waran tangkap dalam kes senjata api.

Sumber berkata suspek yang bertugas di sebuah agensi penguatkuasa di Kuala Lumpur dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM20,000 secara bulanan daripada individu tersebut.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 selepas SPRM merekodkan keterangannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.