
Terdahulu, polis memaklumkan proses mengambil keterangan Hadi ditangguhkan selepas dimaklumkan oleh wakil presiden PAS itu masih uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan.
Timbalan Ketua Penerangan Razeef Rakimin tertanya apakah alasan uzur itu bagi mengelak keterangan Hadi dirakam polis, dalam siasatan ke atas ucapannya dalam kempen PRK di Simpang Jeram, Johor.
“Tindakan Hadi jelas dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.
Hadi bergambar bersama Mahathir petang tadi, dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis Shukri Ramli, Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.
Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain dilaporkan berkata, siasatan dibuka terhadap Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.