Kerajaan tambah bekalan beras putih 20%

Kerajaan tambah bekalan beras putih 20%

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kuota tambahan itu akan diberikan kepada pemborong Bumiputera melalui Bernas.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berharap langkah intervensi itu akan memulihkan bekalan pasaran beras putih tempatan.
PETALING JAYA:
Kerajaan melakukan langkah intervensi bagi menambah bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran sebanyak 20%.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, pihak pengilang padi telah bersetuju memberikan tambahan peratusan tersebut kepada kerajaan melalui Bernas.

Katanya, Bernas akan memberikan kuota tambahan itu kepada pemborong Bumiputera.

“Melalui program khas BPT ini juga, pihak Bernas akan memberikan kuota tambahan ini kepada pemborong-pemborong Bumiputera untuk menambah bekalan BPT negara.

“KPKM berharap dengan langkah intervensi ini, bekalan pasaran BPT akan kembali pulih dalam waktu terdekat dengan pertambahan pengeluaran BPT di pasaran,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, harga BPT kekal pada harga kawalan RM2.60/kg sejak 2008.

“…dan ianya adalah harga terendah di rantau ini,” katanya.

Pada 20 Julai lalu, menterinya Mohamad Sabu berkata, keadaan cuaca yang dikatakan tidak sesuai telah merencatkan pertubuhan padi, sekali gus berlaku kekurangan beras tempatan.

Semalam, Bernas menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan.

Dalam kenyataannya, langkah pelarasan itu juga sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.