2 ditahan hantar catatan hina institusi diraja

2 ditahan hantar catatan hina institusi diraja

Polis berkata, mereka membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja Johor dan Sultan Selangor.

Dua suspek itu direman tiga hari hingga 2 Sept ini untuk disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan semalam kerana memuat naik hantaran berkaitan institusi diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Suhaily Mohd Zain berkata, suspek pertama berusia 41 tahun ditahan di Kampung Sungai Kati, Ipoh berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja Johor.

Katanya, suspek kedua berusia 47 tahun ditahan di Langkap, Perak kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor.

Beliau berkata, dua suspek itu direman tiga hari hingga 2 Sept ini untuk disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial bijak dan berhemah serta elak mengeluarkan kenyataan boleh menggugat keharmonian dan perpaduan, terutama membabitkan isu 3R (raja, agama dan kaum),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.