Lelaki didakwa bunuh penghuni pusat jagaan

Lelaki didakwa bunuh penghuni pusat jagaan

Tertuduh, Lai Mun Kong, 50, didakwa melakukan kesalahan itu di pusat jagaan di Jalan Jelapang, Chemor pada 24 Ogos lepas.

Tertuduh, Lai Mun Kong, 50, diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ipoh atas dakwaan membunuh penghuni pusat jagaan minggu lepas. (Gambar Bernama)
IPOH:
Seorang penghuni sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lain di pusat jagaan sama, minggu lepas.

Lai Mun Kong, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Lai didakwa membunuh Lim Han Tong, 42, di dalam tandas blok A, pusat jagaan di Jalan Jelapang, Chemor dekat sini antara 6 pagi hingga 6.50 pagi, pada 24 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.