
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Norazman Mahmud, berkata larangan itu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, terutama yang membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang awam serta pesawat sedang beroperasi.
“Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos.
“Aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh CAAM dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau sebarang operasi dron tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan.
Norazman berkata, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam dan harta benda, adalah tertakluk bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CADs).