
Timbalan Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan, Muhammad Noraffendy Mohd Salleh, berkata keputusan itu dibuat pucuk pimpinan PN sama ada memilih Adun Gemas atau Labu.
“Ia boleh jadi Adun Gemas, Ridzuan Ahmad atau Adun Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker,” katanya menurut Sinar Harian.
Pada PRN Negeri Sembilan 12 Ogos lalu, selain dua kerusi tersebut, PN juga menang di Paroi, Serting dan Bagan Pinang.
Dalam pada itu, beliau berkata, satu sekretariat khas akan dibentuk bagi membantu lima Adun PN memantau perjalanan kerajaan negeri selain memastikan gabungan tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembangkang dengan lebih efektif.
Katanya, sekretariat itu bukan sahaja terdiri daripada kepimpinan parti tetapi juga NGO.
“Sekretariat ini bukannya mahu mengawal wakil rakyat tetapi kita nak membantu membawa usul-usul yang lebih komprehensif kepada dewan (DUN).
“Ini kerana semua Adun kita tiada pengalaman sebagai wakil rakyat, jadi perlunya untuk kita sama-sama memainkan peranan sebagai semak dan imbang,” katanya.