Selangor kecuali cukai pintu bagi rumah kos rendah

Selangor kecuali cukai pintu bagi rumah kos rendah

Selain itu, bantuan wang tunai RM1,000 juga akan diberikan kepada 5,000 wanita bekerja bagi membantu mengurangkan kos penjagaan anak.

Pengecualian cukai pintu bagi rumah kos rendah adalah antara ikrar PH-BN dalam manifestonya bagi PRN di Selangor baru-baru ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya, kerajaan Selangor yang baharu dibentuk akan mengecualikan cukai pintu bagi rumah kos rendah dan rumah kampung.

Menteri besar Amirudin Shari juga berkata, pentadbiran negeri Pakatan Harapan-Barisan Nasional akan menaikkan elaun imam, bilal, siak dan nazir.

Selain itu, katanya, bantuan wang tunai RM1,000 juga akan diberikan kepada 5,000 wanita bekerja di Selangor bagi membantu mengurangkan kos penjagaan anak.

Seramai 500 petani, pesawah dan nelayan juga akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM 1,000, manakala 1,000 mahasiswa akan menerima baucar buku bernilai RM200.

Ini antara ikrar PH-BN dalam manifestonya bagi PRN di Selangor baru-baru ini.

“Pentadbiran ini akan memulakan tugas dan amanah dengan segera untuk melaksanakan lima perkara utama dalam tempoh 100 hari pentadbiran ini ditubuhkan,” kata Amirudin.

“Saya berpegang kepada ikhtiar untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling berjaya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di rantau ini. Berjaya bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi dengan peluang pekerjaan yang bergaji tinggi.

“Berjaya bukan sahaja dari segi sumbangan KDNK paling tinggi, tetapi menelusuri solusi kepada perubahan iklim, khususnya banjir.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.