Penyiasat AS bantu siasat nahas Elmina

Penyiasat AS bantu siasat nahas Elmina

Jurucakap CAAM mengesahkan FAA dan NTSB kini berada di lokasi kejadian, membantu pihak berkuasa tempatan dalam siasatan.

Sebuah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lepas, mengorbankan 10 orang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dua agensi Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), sedang membantu siasatan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam minggu lepas.

New Straits Times melaporkan, wakil NTSB, FAA dan pembuat pesawat Beechcraft tiba di lokasi nahas pagi ini dan memeriksanya dengan menerbangkan dron dan menilai secara fizikal bangkai pesawat terbabit.

Jurucakap CAAM mengesahkan dengan FMT bahawa FAA dan NTSB sedang membantu pihak berkuasa tempatan.

“Mereka berada (di lokasi kejadian) sekarang,” kata jurucakap itu.

Tambahnya, pertanyaan lanjut patut diajukan kepada badan penyiasat utama, iaitu Biro Siasatan Kemalangan Udara.

FMT telah menghubungi Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan komen.

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Khamis lepas, mengorbankan 10 orang, termasuk Exco Pahang Johari Harun serta dua orang awam yang kebetulan melalui kawasan nahas.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Langkawi ke lapangan terbang di Subang itu terhempas dua minit selepas mendapat kebenaran mendarat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.