2 pesawat berlanggar ketika pertunjukan udara di AS

2 pesawat berlanggar ketika pertunjukan udara di AS

Empat kru pesawat berjaya melenting keluar dengan selamat dan payung terjun mereka berfungsi dengan baik.

dua jet bertembung
Tangkap layar video menunjukkan pertembungan dua pesawat ketika pertunjukan udara Gunfighter Skies di Idaho pada Ahad. (Gambar X)
SAN FRANCISCO:
Dua pesawat berlanggar di udara semasa pertunjukan udara di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho, Amerika Syarikat pada Ahad, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku semasa pertunjukan udara Gunfighter Skies, lapor Idaho Statesman yang memetik jurucakap pangkalan berkenaan, Antwain Hanks.

Empat payung terjun dilihat di ruang udara berhampiran lokasi kejadian, manakala kepulan asap hitam dilaporkan menjulang dari kawasan itu.

Seorang pengulas pertunjukan udara memberitahu penonton, kru pesawat berjaya melenting keluar dengan selamat dan payung terjun mereka berfungsi dengan baik.

Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian. Punca pelanggaran masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.