
“Sehingga kini masih tiada insinerator yang mempunyai ‘rekod kejayaan’ di Malaysia.
“Tambahan pula Batu Arang merupakan kawasan warisan dengan lombong arang, keselamatan pembinaan kilang tersebut membawa kekhuatiran kepada penduduk setempat,” katanya di Facebook.
Tambahnya, beliau akan membawa bantahan penduduk itu kepada pemimpin negeri selepas pembentukan kerajaan Selangor.
Chua turut berkata, bantahan mengenai perkara itu pernah disuarakan ketika kempen PRN baru-baru ini, termasuk pada ceramah bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Semalam, kumpulan penduduk dikenali sebagai Rawang Tolak Incinerator Network (RTI) mengadakan sidang media bagi menggesa kerajaan Selangor membatalkan projek insinerator di Rawang.
Kumpulan itu menegaskan, loji tersebut akan membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan kepada penduduk.