Kilang kapas di Rawang musnah terbakar

Kilang kapas di Rawang musnah terbakar

Bomba Selangor berkata 90% struktur bangunan terbakar dalam insiden pagi tadi.

Kebakaran kilang
Keadaan kilang kapas di Bandar Country Homes, Rawang yang terbakar, pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Sebuah kilang kapas di Jalan Kundang, Bandar Country Homes, Rawang musnah selepas kira-kira 90% struktur bangunan terbakar pagi tadi.

Bomba Selangor dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 10.14 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang kapas berkeluasan 300×200 kaki persegi musnah terbakar 90%.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi pada 10.25 pagi,” menurut kenyataan itu.

Katanya, anggota dari BBP Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Selayang turut digerakkan bagi memberi bantuan tambahan di lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh satu jam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.