
Antara kenyataan dalam video itu mendakwa Zairil menyalahguna kuasa dengan memberikan kontrak kepada sebuah syarikat peribadi, kata pembantu Zairil Farid Maulud, dalam satu kenyataan.
Katanya surat tuntutan dihantar kepada Ravinder Singh dari Parti Rakyat Malaysia, aktivis warisan Khoo Salma Nasution, dan Zaidi Dali yang menerbitkan video itu.
Bagaimanapun, Zaidi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka, kata Farid.
Ravinder dalam satu kenyataan mengesahkan menerima surat tuntutan itu dan berkata, ia akan dibalas peguamnya. “Perkara ini berkait dengan kepentingan awam dan kebebasan bersuara,” katanya.
Ravinder dan Khoo diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan itu atau berdepan tindakan saman fitnah.
Farid berkata dakwaan tersebut adalah fitnah dan dibuat tanpa sebarang asas.