Pesawat ringan terhempas: Polis sahkan 10 maut

Pesawat ringan terhempas: Polis sahkan 10 maut

Pesawat dari Langkawi itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.

Polis sahkan mangsa pesawat terhempas berusia 40an hingga 50an.
SHAH ALAM:
Sekurang-kurangnya 10 terkorban dalam nahas pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan kejadian jam 2.45 petang itu mengorbankan juruterbang dan pembantunya, enam penumpang serta dua pengguna jalan raya yang dirempuh pesawat berkenaan ketika terhempas.

Menurutnya, pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh menara kawalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

“Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.