Hujan lebat, Shah Alam dilanda banjir kilat

Hujan lebat, Shah Alam dilanda banjir kilat

Menurut perkongsian di media sosial Seksyen 13 antara kawasan terjejas.

Tangkap layar video menunjukkan air banjir hampir menenggelamkan kenderaan.
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat selepas hujan lebat petang tadi.

Menurut beberapa perkongsian di media sosial, Seksyen 13 antara kawasan terjejas selain tular gambar termasuk video memaparkan kawasan tersebut dinaiki air berlumpur.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa warganet di Twitter turut mendakwa berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan itu dipercayai kesan banjir kilat.

Menurut laporan trafik Astro Radio, terdapat kesesakan lalu lintas yang berlaku kira-kira 40 minit dari Citta Mall ke Petaling Jaya.

Sementara itu, Adun Kota Anggerik Najwan Halimi telah meninjau sekitar Seksyen 13 dengan pihak berkuasa tempatan bertindak menutup jalan bagi mengelak gangguan trafik.

Katanya, aduan pokok tumbang juga diterima berdekatan Kondominium Seri Alam.

“Alhamdulillah, banjir kilat mulai surut, namun dinasihatkan orang ramai terutamanya pemandu kereta dan penunggang motosikal agar berhati-hati,” katanya di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.