Seleweng dana kebajikan RM200,000, pembantu kanan PBT ditahan

Seleweng dana kebajikan RM200,000, pembantu kanan PBT ditahan

Suspek berusia 50an ditangkap kerana disyaki guna dana itu untuk kegunaan peribadi selama tiga tahun sejak 2017.

Suspek yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT dipercayai membuat lebih 30 transaksi dengan nilai wang penyelewengan hampir RM200,000.
KUALA TERENGGANU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pembantu kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan agensi itu untuk kegunaan peribadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan bendahari bagi kesatuan di PBT itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang penyelewengan mencecah hampir RM200,000.

Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 50an itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari tadi di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.