
Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian pada 10.45 pagi itu, mangsa berusia 60-an sedang menunggang motosikal ke bank untuk mendeposit wang tersebut.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dihampiri oleh seorang suspek lelaki yang menunggang motosikal yang kemudian bertindak melarikan beg plastik hitam berkenaan serta dua telefon bimbit di dalam bakul motosikal.
Mohd Rosdi berkata, sewaktu kejadian, suspek menunggang sebuah motosikal berwarna hijau atau hitam, memakai jaket warna gelap, berseluar warna gelap serta bertopi keledar warna gelap.
“Mangsa gagal mengecam nombor pendaftaran dan jenis motosikal yang digunakan suspek,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Harjit Singh di talian 011-65577511 atau 09-7752200 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.